Esok hari besar 2 April 2012.
Teringat semalam tatkala TGUH ditanya kesihatan jantungnya....
Jawapan TGUH . “ Alhamdulillaaahh...jika di Malaysia purata serangan sakit jantung lebih 10x dalam sehari.Kadang-kadang spray GTN sampai 4 kali pun belum reda.Terbangun tengah malam...sakiiit, sesak nafas.Lepas mandi pun kadang-kadang boleh kena.Sesampai disini dalam 2kali sahaja sehari dan kadang-kadang tiada serangan sepanjang hari.....mungkin banyak rehat kot ....tapi... semalam lepas diberitahu tentang kos...dia berdebar kuat pulak....dupdab...dupdab.... dupdab.....Ha...ha...ha”...
Gulp......Semua kaget dan tersentot usop santoriannn........tak tahu nak gelak ke...atau nak respon apa, kerana TGUH tergelak besar....Kami......konpiusss.. ..keliru...lawak ke,serius ke.
Hari ini kami menerima kunjungan tetamu rakyat Malaysia yang bermastautin di sini.
![]() |
| Kunjungan rakyat Malaysia ke kediaman kami |
![]() |
| TGUH tetap melayan dan merai tetamu walaupun esok hari besar baginya. |
Juga ada rakyat malaysia yang sanggup terbang ribu riban batuan jaunhya untuk menemui TGUH disini dan berada disisi TGUH sepanjang tempoh pembedahan.... Subhaaanalllaahh...... Moga Allah merahmati dan memberkati tuan-puan sekelian.Tidak kurang yang menghantar pesanan nuuunn jauh dari tanahair serta luar negara yang sudi memanjatkan doa, mengatur majlis bacaan yasin, bertadarus al-quran 30 juzuk,melaksanakan solat hajat serta berbagai usaha lain dalam usaha menjadikan doa suatu medium ikhtiar.
Sakit dada semakin beransur pulih...Alhamdulillaahhh......
Kami telah diberi ‘mobile fon’ dengan nombor US oleh Christiane Balouney. Agar mudah dihubungi saat kecemasan atau jika ada apa-apa perubahan yang memerlukan persetujuan segera.
Ada satu perkara lagi yang tuan-tuan puan-puan yang dirahmati Allah perlu tahu....
Kami baru dimaklumkan..... Barisan Pakar Pembedahan akan diketuai Mr.Robert Robbin...Alhamdulillaaahhh berkat doa tuan-puan semua...Mr. Robert Robbin beransur sembuh dan semakin yakin untuk mengetuai misi kali ini...Moga Allah permudahkan ..Ameeeeenn.......
.TGUH ada bertanya Dr.Lee tentang keizinan dirakam prose pembedahan. Birokrasi dan kerenah tatacara dan perundangan tidak memungkinkan kami menitip proses tersebut.Gagau sahajalah dekat pakcik gugel... carilah mana yang telah diupload.
Malam ini, selepas makan malam , kami usahakan juga mencari ‘pisang goreng’...makanan paberet TGUH. Terima Kasih Shafinaz dan Aziz kerana membawakan pisang....bolehlah di goreng..
Esok...hari besar 2 April 2012.
Selepas solat subuh kami akan ke hospital pada jam 6a.m(waktu San Francisco).
TGUH mendapat giliran kes pertama esok. Akan mula ditolak ke OT jam 8a.m waktu San Francisco(bertepatan dengan Hari Isnin 11pm waktu sana).Subhaanallahh... cantiknya perancangan Allah...kerana bertepatan dengan waktu rutin majlis zikir Darussyifa Pusat(Eh..silap..Darussyifa’ Malaysia,Bangi) .
Wacheda akan berusaha menyampaikan berita secepat mungkin pada tuan-tuan melalui blog ini. Esok mungkin ada 2-3 entry bergantung keadaan.
Jam 12 tghmalam TGUH akan mula berpuasa...Ubat-ubatan perlu diselia kerana ada yang perlu diambil dan ada yang ditegah. TGUH akan mula disental 'scrub' tubuh badannya terutama bahagian dada dengan 'penyental' scrub pembunuh kuman yang telah diberi pihak hospital - 2 kali iaitu malam ini dan esok pagi.
Inshaallah...kami juga akan bersama tuan-puan dalam hening solat hajat dan sendu munajat......
Wacheda
Menlo Park
11pm








